Wednesday, August 26, 2009

Bulan Puasa Kembali lagi

Sbb ada masa free, plan nak sambung sikit citer pasal produk cosway.



Sejak pulang dr UK tahun 2007 dulu, saya sering rasa lesu badan terutama bila perlu travel jauh. Peristiwa paling tak dapat dilupakan bila balik kampung menyambut Raya pada tahun 2008.


2 hari pertama raya di kampung saya (Perak) dan selepas itu kena drive pulak balik kpg isteri di Terengganu. Masa tu memang tak terasa sangat tapi bila dah sampai balik di KL...saya rasakan tumpuan saya hilang dan badan terlalu letih, memang susah nak diterjemahkan dgn kata2 sbb otak pun rasa macam tak mampu utk berfikir. Entah macam mana tergerak hati utk ke klinik dan doktor memberikan saya vitamin B kompleks, memang berkesan vitamin tersebut sbb dlm tempoh sehari je saya dah rasa pulih kembali seperti sediakala. Sejak dari itu, vitamin B kompleks memang teman saya untuk diambil dikala badan terasa letih dan lesu....cuma vitamin B kompleks yag dijual di Farmasi TIDAK SEBAIK vitamin B yg saya perolehi dari doktor. Bezanya sebotol vit. B kompleks di Farmasi dlm RM27 utk 30 biji dan kalau jumpa doktor paling kurang RM20 untuk dimakan selama 7 hari.

Pada tahun ni, permulaan puasa jatuh pada hari sabtu, jadi letihnya tidak terasa sangat. Malang sekali pada hari Isnin ketika memandu di lebuhraya Seremban-KL, saya rasa letih yang amat sangat sampai sentiasa berfikir untuk berhenti di tepi jalan dan tidur walaupun hakikatnya saya mendapat tidur yang cukup pada hari Ahad. Sesampai saja di pejabat, saya terus kunci bilik dan lena (sorry bos terpaksa tidur). Mujurlah saya terfikir untuk mengambil Vitamin B kompleks COSWAY pada waktu sahur sbb....sebaik bangun dari tidur pukul 9 pagi, badan terasa sangat sihat malah letih berpuasa memang langsung tidak terasa sampai waktu berbuka. Pada waktu berbuka petang hari Isnin tersebut, saya mengambil Vitamin B kompleks COSWAY sekali lagi...kesannya....saya rasa sangat bertenaga pada Hari Selasa dan masih mampu ke HUKM untuk pendaftaran seorang lagi ahli baru ECOSWAY dibawah saya yang berasal dari Terengganu dan kemudian saya drive pula ke Wangsa Maju untuk ke pejabat peguam. Selain itu, waktu tengahari dengan bertenaga saya mampu mengikuti ceramah Ustaz Wan Shohor tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Petang Selasa pun saya mengambil Vitamin B kompleks ketika waktu berbuka puasa dan......memang saya akui inilah Vitamin B kompleks terbaik pernah saya temui selain yang saya perolehi dari seorang doktor tahun lepas. Bayangkan dalam tempoh 1 tahun, saya berhabisan puluhan ringgit sebulan utk vitamin B kompleks dari Farmasi yang kesannya TIDAK SEHEBAT vitamin B kompleks COSWAY. Malah, yang lebih penting selain kualiti adalah harganya yang amat berpatutan iaitu cuma RM36 (harga sebelum diskaun) untuk 50 tablet.

Setakat 5 hari puasa ini sahaja, saya telah berjaya menaja 2 orang lagi ahli baru (seorang dari Terenganu dan seorang dari Selangor). Mana mungkin saya mampu berkempen tentang konsep kedai ecosway ni kalau saya tidak bertenaga untuk memandu berjumpa mereka dan seterusnya bercerita dengan yakin tentang kebaikan sistem francais ecosway ni. Ahad ni pun ada seorang lagi yang berminat, InsyaAllah semuanya berjalan lancar nanti (will be updated later). Salam

No comments:

Post a Comment