Wednesday, August 26, 2009

UNTUK AHLI ECOSWAY KUMPULAN SAYA

PENGUMUMAN HEBAT: PROMOSI 1

Saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dalam tempoh tidak sampai 2 bulan dari tarikh saya benar2 aktif dengan ecosway ni, sudah ada hampir 20 orang yang mendaftar di dalam kumpulan saya. Sebagai penghargaan untuk mereka saya ingin memberi peluang kepada mereka iaitu memenangi:

Penginapan PERCUMA

i) 3 hari 2 malam di Swiss Garden Spa & Resort Kuantan/Swiss Garden Golf Resort and Spa Damai Laut, Lumut bernilai RM500 (5*)
ii) 2 hari 1 malam di Swiss Garden Spa & Resort Kuantan/Swiss Garden Golf Resort and Spa Damai Laut, Lumut bernilai RM250 (5*)

Sebagai tanda penghargaan untuk semua ahli kumpulan ecosway yang tersenarai di dalam kumpulan saya, anda peluang untuk memenangi penginapan secara PERCUMA (tidak termasuk kos makan/minum) di mana-mana satu destinasi pilihan anda seperti di atas sekiranya berjaya membuat tajaan BO (business owner) paling ramai sepanjang tempoh promosi ini dijalankan iaitu bermula dari 1 September 2009 hingga 31 Disember 2009 (4 bulan).

2. Minimum jumlah BO yang perlu anda taja dalam tempoh 4 bulan tersebut untuk melayakkan anda terpilih bagi mendapat penginapan ini adalah 3 orang dan setiap daripada mereka perlu membuat belian produk istimewa sekurang-kurangnya 100ev dalam tempoh tersebut.

3. Anda juga perlu mengekalkan minimum 15eV bagi keempat-empat bulan tersebut (September, Oktober, November dan Disember) bagi melayakkan anda untuk terpilih.

· Anda yang terpilih akan dihubungi 2 minggu dari tarikh promosi ini berakhir.
· Promosi ini juga tidak ada kena mengena dengan syarikat ecosway dan merupakan inisiatif saya sendiri untuk ahli-ahli kumpulan yang berdaftar dengan saya.
· Nama mereka yang berjaya termasuk BO ID akan diberitahu kepada semua ahli ecosway kumpulan.
· Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
· Tarikh penginapan adalah mengikut kesesuaian masa pemenang.
· Satu bilik penginapan untuk 2 orang dewasa.
· Sekiranya terdapat 2 atau lebih mereka yang terpilih, keputusan adalah berdasarkan BO yang paling cepat mencapai sasaran.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 0142307034.

Ini merupakan PROMOSI 1, banyak lagi PROMOSI-PROMOSI yang akan saya lakukan untuk mereka yang mendaftar dengan saya. Hubungi: 0142307034 sekiranya anda berminat memiliki kedai ecosway anda sendiri dan berpeluang memenangi penginapan2 PERCUMA sebagai bonus dari saya untuk anda yang rajin berusaha.

Bulan Puasa Kembali lagi

Sbb ada masa free, plan nak sambung sikit citer pasal produk cosway.



Sejak pulang dr UK tahun 2007 dulu, saya sering rasa lesu badan terutama bila perlu travel jauh. Peristiwa paling tak dapat dilupakan bila balik kampung menyambut Raya pada tahun 2008.


2 hari pertama raya di kampung saya (Perak) dan selepas itu kena drive pulak balik kpg isteri di Terengganu. Masa tu memang tak terasa sangat tapi bila dah sampai balik di KL...saya rasakan tumpuan saya hilang dan badan terlalu letih, memang susah nak diterjemahkan dgn kata2 sbb otak pun rasa macam tak mampu utk berfikir. Entah macam mana tergerak hati utk ke klinik dan doktor memberikan saya vitamin B kompleks, memang berkesan vitamin tersebut sbb dlm tempoh sehari je saya dah rasa pulih kembali seperti sediakala. Sejak dari itu, vitamin B kompleks memang teman saya untuk diambil dikala badan terasa letih dan lesu....cuma vitamin B kompleks yag dijual di Farmasi TIDAK SEBAIK vitamin B yg saya perolehi dari doktor. Bezanya sebotol vit. B kompleks di Farmasi dlm RM27 utk 30 biji dan kalau jumpa doktor paling kurang RM20 untuk dimakan selama 7 hari.

Pada tahun ni, permulaan puasa jatuh pada hari sabtu, jadi letihnya tidak terasa sangat. Malang sekali pada hari Isnin ketika memandu di lebuhraya Seremban-KL, saya rasa letih yang amat sangat sampai sentiasa berfikir untuk berhenti di tepi jalan dan tidur walaupun hakikatnya saya mendapat tidur yang cukup pada hari Ahad. Sesampai saja di pejabat, saya terus kunci bilik dan lena (sorry bos terpaksa tidur). Mujurlah saya terfikir untuk mengambil Vitamin B kompleks COSWAY pada waktu sahur sbb....sebaik bangun dari tidur pukul 9 pagi, badan terasa sangat sihat malah letih berpuasa memang langsung tidak terasa sampai waktu berbuka. Pada waktu berbuka petang hari Isnin tersebut, saya mengambil Vitamin B kompleks COSWAY sekali lagi...kesannya....saya rasa sangat bertenaga pada Hari Selasa dan masih mampu ke HUKM untuk pendaftaran seorang lagi ahli baru ECOSWAY dibawah saya yang berasal dari Terengganu dan kemudian saya drive pula ke Wangsa Maju untuk ke pejabat peguam. Selain itu, waktu tengahari dengan bertenaga saya mampu mengikuti ceramah Ustaz Wan Shohor tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Petang Selasa pun saya mengambil Vitamin B kompleks ketika waktu berbuka puasa dan......memang saya akui inilah Vitamin B kompleks terbaik pernah saya temui selain yang saya perolehi dari seorang doktor tahun lepas. Bayangkan dalam tempoh 1 tahun, saya berhabisan puluhan ringgit sebulan utk vitamin B kompleks dari Farmasi yang kesannya TIDAK SEHEBAT vitamin B kompleks COSWAY. Malah, yang lebih penting selain kualiti adalah harganya yang amat berpatutan iaitu cuma RM36 (harga sebelum diskaun) untuk 50 tablet.

Setakat 5 hari puasa ini sahaja, saya telah berjaya menaja 2 orang lagi ahli baru (seorang dari Terenganu dan seorang dari Selangor). Mana mungkin saya mampu berkempen tentang konsep kedai ecosway ni kalau saya tidak bertenaga untuk memandu berjumpa mereka dan seterusnya bercerita dengan yakin tentang kebaikan sistem francais ecosway ni. Ahad ni pun ada seorang lagi yang berminat, InsyaAllah semuanya berjalan lancar nanti (will be updated later). Salam

Thursday, August 13, 2009

Lagi bakal pemilik kedai ecosway...kini di Johor Baru

Alhamdullilah semakin bertambah minat individu2 bumiputera dalam usaha untuk memantapkan perkembangan perniagaan ini dan kini telah sampai ke sempadan Selat Tebrau. Pasti ada suatu keistimewaan sehingga mereka begitu bersemangat untuk sama2 membangun dengan ecosway. Sebabnya:

a) Kos renovation kedai akan DITANGGUNG sepenuhnya oleh syarikat dan terdapat kos renovation kedai ecosway yang mencecah RM250K.



b) Tidak perlu memikirkan untuk bayaran sewa kedai yang boleh mencecah ribuah malah pulu ribuan ringgit seperti di Berjay Times Squares sebab semuanya DITANGGUNG oleh syarikat.
c)Bayaran bil elektrik juga DITANGGUNG oleh syarikat jadi tidak perlu gusar memikirkan kos elektrik yang boleh mencecah angka ribuan ringgit sebulan.



d) Hanya bil telefon dan air yang perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan. tetapi kiranya semua rangkaian anda menggunakan Umobile...semua panggilan ke Umobile adalah percuma.
d) Anda layak memiliki kad kredit/debit Ambank yang bukan calang2 tapi kad Platinum. Biasanya kad Platinum utk mereka yg bergaji RM100,000 setahun tapi dgn ecosway..w/pun gaji anda cuma RM30,000 setahun anda sudah layak memiliki kad ini.
Dan byk lagi. Utk keterangan lanjut hubungi 0142307034 atau email azwie2003@yahoo.com bagi menetapkan temujanji anda.

Tuesday, August 11, 2009

Menghadiri Kursus ProdukEcosway di HQ Cosway

Kursus bermula jam 9.30 pagi...memang ramai orang mengikuti kursus kali ni sampai terpaksa tambah kerusi. Taklimat diberikan mengikut sesi2 tertentu dan aspek2 diberi penerangan berkaitan produk2 kesihatan dan penjagaan wajah. Mmg menarik mengikuti kursus ini dan ianya amat berguna utk disampaikan kepada downline2 nanti bagi kebaikan mereka sebelum menghadiri temuduga dan seterusnya menjalani latihan bagi memiliki kedai mereka sendiri.

Sering kali aku ingatkan bagi mereka diluar sana agar memilih upline yg betul2 mampu membimbing mereka bukan setakat mendaftarkan nama mereka dan selepas itu hilang. Kenapa aku katakan demikian? Kerana upline sepatutnya meberitahu downline meraka produk2 yg akan ditanya semasa interview nanti dan bukan semata-mata mengharapkan downline mengetahui semuanya sendiri. Sbb tu aku tekankan tolong join group aku supaya anda diberi bimbingan sehingga berjaya. Call/SMS 0142307034 utk keterangan lanjut. Esok aku nk ke Johor sbb ada 4 orang prospek menunggu di sana. Jumpa lagi dgn update terkini

Sunday, August 9, 2009

Sambungan Berkaitan Kedai Ecosway

Mungkin ada yang ragu2 ttg perkara ini sebab mereka tidak mendapat maklumat sebenarnya dari syarikat. Malah tidak dinafikan byk stokis2 cosway di luar sana yang amat susah berkongsi peluang ni sebab mereka nak untung sendiri. Kongsi2 la kawan kita bukan hidup nak menunggak dunia. Apa salahnya kita mengikut perumpamaan Yang Besar Sama Dilapah..., Yang Kecil Sama Dicicah. Semua rezeki tu tuhan Allah yang bagi maaa.......kalau Dia nak tarik, anytime boleh berlaku.


Saya bukan cakap ni secara sembrono tapi itulah kenyataannya. Semua ini berlaku di depan mata sebab bila kita tanya...dia macam layan tak layan lepas tu kata tak tahu...bila saya semakin ligat berkata-kata..dia mula gabra tak tahu nak beri alasan...bila saya semakin banyak mempersoalkan macam2 benda dia mula merendah diri dan start mengukur di baju sendiri seterusnya berlembut hati dan mula menjadi friendly. Ada pulak kes...siap suruh masuk dgn dia kalau mahu maklumat lanjut. Macam tu lah perangai manusia yang memang susah nak dimengertikan.
Aku nak berkongsi dgn semua ttg Spirullina Cosway. Gambar spt attachment tu. Sebenarnya aku mmg dh lama ambil ubat anti-hipertensive (w/pun cuma high normal je BP aku) sbb biasanya penyakit ni adalah keturunan. So, kalau ada sedara mara kita terkena tu...bersiap siagalah kita..sooner or later we will get it. Nak dijadikan cerita, aku terlupa nak ambil ubat ni selama 3 hari sebab ubat ni tertinggal kt ofis. Aku ingatkan BP aku akan naik kalau tak ada ubat ini.....alih2 still under control malah readingnya lebih baik dari selalu iaitu 125/70 dan 120/75. Entahlah aku tak pasti sebab aku mengamalkan spirullina ni ke atau ada sebab2 lain tapi yg pasti mmg sejak seminggu sebelum tu aku dh start makan berbiji biji ubat ini sehari.




Yang baiknya ttg cosway punya spirullina sebab mengandungi phytonutrients yang sangat tinggi dan bermutu (carotenoids, xantofil, phycocyanin dan klorofil). Ianya sangat sesuai utk anak2 yang tak suka makan sayur-sayuran. Ianya merupakan satu2nya produk bermutu spirullina yang mendapat pengiktirafan dari USP (United States Pharmacopoeia- certification) (jaminan kualiti yang paling tinggi tarafnya), sebab setiap tablet adalah sama dari segi kandungan khasiatnya. Produk ni juga mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM dan IFANCA, mematuhi kesemua Garis Panduan Keselamatan Makanan USFDA, JHFA, dan Piawaian Makanan Kesihatan Eropah, telah diuji BEBAS dari mikrosistin (toksin alga yang lazim) dan BMAA (wujud dalam spirullina bermutu rendah). Mempunya khasiat menguatkan sistem ketahan badan, mengekalkan kesihatan jantung dan menurunkan kolesterol, melancarkan sistem penghadaman, melindungi badan dari anemia, mengawalatur berat badan, menggalakkan proses detoksifikasi semulajadi badan dsb.

Kenapa tidak mencuba...dengan kuasa Allah mungkin masalah kesihatan anda dapat diatasi dengan kebaikan spirullina ini. Utk keterangan lanjut ttg peluang perniagaan ecosway dan ingin memiliki kedai anda sendiri dgn modal hanya RM10K atau pun semta2 ingin mendapatkan spirullina ini (harga RM28/120 tablets atau RM65/300 tablets) boleh menghubungi saya at: 0142307034 atau email: azwie2003@yahoo.com. Salam




Spirulina's All-Around Health Benefits


•Strengthens the immune system •Maintains cardiovascular health & lowers cholesterol


• Improves gastrointestinal & digestive health •Protects against anaemia• Helps weight control


• Promotes healthy, vibrant skin • Enhances natural cleansing & detoxification


Saturday, August 8, 2009

Perkembangan Terkini Selepas 30 hari

Alhamdullillah, nampaknya perniagaan ini semakin menampakkan kemajuan. Pada hari2 terawal, agak sukar utk menjadi fluent dgn term2 yang ada dlm sistem perniagaan ni. Tapi dari hari ke hari, saya semakin mendapat rentak dalam perniagaan ini.
Pada peringkat awal, saya lebih tertumpu untuk merealisasikan impian bagi membuka kedai sendiri selepas melihat peluang dlm perniagaan ini yang sgt realistik. MANA ADA SYARIKAT LAIN YANG SANGGUP MELABUR RATUSAN RIBU DAN MENYERAHKAN PERNIAGAAN ITU KEPADA ANDA DENGAN HANYA MEMBAYAR DEPOSIT SEBANYAK RM10K. Kalau ada syarikat lain yg mampu membuat tawaran sebaik itu...buktikan!!!
Selepas saya mendapat keyakinan itu, rentak pertama adalah memperkenalkannya kepada rakan2 dan saudara mara...biasalah lebih byk yang ragu2 akan keupayaan ini, namun, saya percaya sudah tiba masanya utk membuat perniagaan ini secara all out. Macam life or dead pulak bunyinya...bukan apa sebab usia saya semakin lanjut dan kiranya kali ini tidak dapat membuat yang terbaik, saya akan terus menutup kamus MLM buat selama2nya.
Permulaan agak kurang memberangsangkan tapi mujurlah faktor kewangan bukan sesuatu yang menghalang...jadi saya lebih tertumpu menukar produk2 kegunaan harian di rumah kepada produk cosway. Dengan cara ini, dapat membiasakan diri dengan barangan cosway.
Masuk minggu kedua, panggilan dan email mula diterima dari ramai prospek2 di luar sana yang juga berminat dengan konsep ini. Saya ingatkan pada diri ini bahawa...SEKIRANYA KITA MEMBERIKAN KOMITMEN DENGAN BERJUMPA PROSPEK2, MEREKA AKAN LEBIH YAKIN KEPADA ANDA WALAUPUN MEREKA MUNGKIN BERBATU2 JAUHNYA DARI TEMPAT TINGGAL KITA. Kerana itu, saya cuba mencari masa yg sesuai utk bertemu mereka bagi membincangkan peluang terhebat alaf baru ini (boleh dikatakan begitu saya rasa).
Bagi mereka yang memang minat berniaga...memiliki kedai sendiri adalah suatu impian dan kalau ada bantuan dan pertolongan, ianya sgt2 dihargai.
Dalam tempoh tidak sampai satu bulan setelah pengiklanan bertubi2 melalui internet dijalankan....alhamdulillah kini semakin ramai yang sudi dan sanggup bersama2 utk menyertai peluang terhebat ini. Hanya dalam tempoh yang amat singkat, kelompok saya membesar sehingga mencapai 10 orang hanya dalam tempoh 25 hari...dan masih terdapat 5-6 orang lagi yang akan menyertai kelompok ini minggu depan. Dengan bantuan upline yang tidak mengenal jemu utk sama2 membantu, latihan demi latihan yang diberikan saban minggu...saya yakin bahawa mungkin ini yang terbaik Allah berikan untuk saya yang memang sgt meminati bidang perniagaan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Catatan selanjutnya akan bersambung di lain masa dan ketika....