Tuesday, September 15, 2009

Perkembangan Terkini Kumpulan Ecosway- hari ke 66

Salam Satu Malaysia buat semua,

Hari ini genap 66 hari setelah saya betul2 all out utk menjalankan perniagaan ecosway berkonsepkan francais. Semua ahli yang berdaftar sebagai BO (business owner) adalah layak utk apply membuka kedai ecosway sendiri dengan modal yang sangat minimum iaitu RM100 (utk pendaftaran), RM440-2200 bagi membeli produk special mengikut keperluan sendiri dan RM10K (sebagai deposit utk membuka kedai).
Dan selama itu jugalah ahli2 dibawah kumpulan ini berkembang dengan begitu pesat sekali walaupun di bulan puasa. Ini membuktikan bahawa puasa bukanlah halangan untuk kita terus menjalankan aktiviti seharian. Setelah penat berpuasa..saya pastinya mengambil satu tablet B-kompleks cosway waktu berbuka untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang akibat seharian berpuasa dan bekerja.
Dalam tempoh 26 hari berpuasa ini.....ahli2 baru yang mendaftar adalah:
a) Seorang dari Kemaman
b) Seorang dari Bangi
c) seorang dari Shah Alam
d) Dua orang dari Ipoh
e) Dua orang dari Sg Besi

Selamat Hari Raya dana samapai jumpa lagi....

Tuesday, September 1, 2009

Update Perkembangan Ecosway (Hari ke-12 Puasa)

Dalam kita menyambut bulan Ramadhan, tidak bermakna kita perlu menghentikan aktiviti perniagaan secara total. Mungkin aktiviti perjumpaan untuk latihan produk di waktu malam tidak dapat dihadiri, namun, kita masih boleh menaja ahli2 baru yang berminat untuk membuka kedai konsep ecosway di kawasan yang menjadi pilihan mereka. Kita tidak perlu terlalu statik dengan hanya menumpu untuk membuka kedai milik kita sendiri sedangkan konsep ini boleh diapplikasikan kepada semua mereka di luar sana yang berminat.


Sekiranya ada yang menelefon dan bertanyakan tentang perkara ini, lebih baik kita mengambil peluang tersebut untuk berjumpa mereka dan menceritakan serba sedikit tentang peluang keemasan ini. Disamping dapat menjadikan kita lebih lancar untuk bercerita tentang produk2 ecosway, ia juga dapat menambahkan kenalan dan seterusnya mampu meningkatkan keyakinan diri bila kita menghadapi penemuduga nanti.


Disebabkan itu jugalah dalam tempoh 12 hari berpuasa ini, saya telah berjumpa dengan 4 orang yang berminat dan tidak ada seorangpun yang menolak untuk mendaftar dengan kumpulan saya. Saya tidak meletakkan seorang pun di bawah nama saya sebaliknya saya letakkan nama2 mereka di bawah nama ahli kumpulan saya sebelum ini kerana dalam sesuatu bentuk perniagaan kita perlu saling bantu membantu di antara satu sama lain. Catatan bersambung.....